Daging anak kambing dalam perut ibunya Hukum_Memakan_Daging_Haiwan_Mamalia_Maun_(Mamalia_Hebivor)_Menurut_Islam

Memakan daging anak kambing atau mana-mana anak binatang ternakan yang lain yang masih berada dalam kandungan ibunya adalah tidak baik dan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang teruk jika berterusan memakannya. Hal ini disebabkan terdapatnya banyak darah kotor yang tertahan didalamnya.

Namun demikian, hukum memakannya adalah tidak haram malah Halal.

Para sahabat pernah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Ya Rasulullah! Kami menyembelih seekor kambing, lalu kami temukan didalam perutnya seekor anak kambing yang masih berupa janin. Bolehkah kami memakannya?” Lalu Rasulullah SAW menjawab yang bermaksud:

“Makanlah kamu jika kamu mahu. Sesungguhnya sembelihannya adalah (tergantung) sembelihan ibunya”.

Maka, kerana ibunya telah disembelih terlebih dahulu yang bererti halal dimakan maka janin kambing itu juga halal untuk dimakan, tetapi si pemakan perlu sentiasa berwaspada agar, janin haiwan halal yang hendak dimakan itu tidaklah dalam keadaan kotor dan menjijikkan serta jika dimakan janin itu perlulah dalam keadaan terhad sahaja tidak melebih-lebih, cukup sekadar keperluan diri untuk meneruskan kehidupan yang baik dan sempurna.